apabila sering terluka




         Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata . Air mata yang jatuh dapat meringankan kadar tekanan yang lalu.

          
          



       “Kadangkala  Allah S.W.T sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar.Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…

         “Bukan semua yang aku sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai . Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam menyintai seseorang semua itu ada hikmahnya .

   “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
 (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.

“…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
  
(Surah Ar-Ra’d : ayat 28)












  •          ~masih ada rasa syukur pada ketentuan-NYA.
  •         ~menjadi penilai yang baik.
  •         ~sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH
  •         ~dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK , KHAS UNTUK DIRI KITA
  •         ~sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan 
  •         ~mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  •         ~jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  •         ~faham CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH
  •         ~LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL







           Walaupun tertewas pada perasaan hati.. isikan waktu itu dengan jatuhkan air mata..kemudiannya akan terlupa seketika apa yang berlaku sebentar tadi . Seperti kata berlawanan , jatuh = bangun.

           Berkali – kali terjatuh , tiada kata putus asa yang perlu ungkapkan tetapi yang harus ungkapkan untuk berdoa pada-MU..Seringkali berdoa pada-MU ia dapat menyembuhkan hati ini..Sesudah air mata gugur dengan kelukaan hati sekerapnya terasa seperti hati ini mempunyai darah – darah yang mengalir akibat luka-luka terdahulu.. Ku sembuhkan semula luka-luka itu dengan sentiasa berdoa supaya hatiku memiliki hati yang tenang.

Apabila hati terasa tenang... SENYUMLAH SELALU ^_^